Friday 24 June 2011

KENALI ISTILAH BETUL

pelajar kesyanganku...

berikut adalah antara istilah yang betul dan salah yang digunakan untuk menjawab... anda boleh menyemak penggunaan istilah anda.. jika istilah yang digunakan selama ini salah bertukarlah kepada yang betul...:)

Bil
SALAH = KURANG TEPAT
BETUL = TEPAT

1

Mendakan perang

Enapan perang

2

Atom yang stabil

Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil

3

Konfigurasi elektron

Susunan elektron

4

Larutan jernih

Larutan tanpa warna

5

Ion iodida bertindak balas lengkap

Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap

6

Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian)

Tiada perubahan

7

Mempercepatkan kadar tindak balas

Kadar tindak balas bertambah/meningkat

8

Pembakaran dengan karbon

Pembakaran dengan oksigen

9

Magnesium lebih aktif daripada zink

Magnesium lebih reaktif daripada zink

10

SEK

Siri elektrokimia

11

Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.

12

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)

Magnesium lebih reaktif daripada zink

13

Campurkan ammonia

Campurkan larutan ammonia

14

Larutan kalium permanganat

Larutan kalium manganat(VII) berasid

15

Polistirena dapat mencegah kehilangan haba

Polistirena mengurangkan kehilangan haba

16

Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair

Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair

17

Bilangan elektron terluar

Bilangan elektron di petala luar/terluar

18

Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan

Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya

19

Natrium menderma elektron

Atom natrium menderma satu elektron

20

Struktur elektron stabil

Susunan elektron octet

21

Elektron sudah penuh dipetala luar

Terdapat lapan elektron di petala luar

22

Tarikan nukleus ke atas petala luar

Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar

23

Saiz unsur bertambah

Saiz atom bertambah

24

Kadar tindak balas cepat

Kadar tindak balas tinggi/meningkat/bertambah

25

Kadar tindak balas perlahan

Kadar tindak balas rendah/berkurang

26

Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar

Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar

27

Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah

Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah

28

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.

29

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen

30

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.

31

Nombor pengoksidaan ferum berubah

Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3

32

Daya tarikan sebatian ion kuat

Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat

33

Daya tarikan dalam molekul lemah

Daya tarikan antara molekul lemah

34

Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer

Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer

35

Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

36

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron

37

Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

38

Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian

Sabun merendahkan tegangan permukaan air

39

Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

40

Kuprum didiscas dikatod

Ion kuprum didiscas dikatod
SUMBER : 
Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris
http://www.pahaikan.com/teknik_menjawab_kimia.php

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...